WELCOME TO AZZUWA.COM
Biar Tak Popular di Dunia Asal Popular di Langit

Biar Tak Popular di Dunia Asal Popular di Langit

Regular price RM25.00 MYR Sale


.
.
Sesungguhnya tabi’in yang terbaik ialah seorang pemuda bernama Uwais.

Uwais al-Qarni. Suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita mengenalinya sebagai seorang selebriti langit; tidak dikenali di dunia sewaktu hayatnya tapi dipuja di langit dan seluruh alam buana.

Ironinya, hari ini kita hidup di dalam zaman yang penuh dengan kegilaan; antaranya kegilaan mencari populariti dan kemahsyuran dunia. Trend Mukabuku, Insta dan Pengicau yang mendominasi kehidupan masyarakat hari ini, menjadikan kita tidak lagi dapat memaknai keikhlasan dalam erti katanya yang sebenar.

Buku ‘Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana’ adalah suatu usaha kecil untuk mengajak kita semua untuk kembali menghayati betapa besarnya makna sebuah keikhlasan. Dan betapa manis dan lazatnya buah-buahan ranum yang tumbuh dari benih-benih keikhlasan ini.

Agar kita semua dapat menjadi selebriti langit seperti Uwais. Senyum.