WELCOME TO AZZUWA.COM
Anugerah Teragung dari Tuhan

Anugerah Teragung dari Tuhan

Regular price RM30.00 MYR Sale

ANUGERAH TERAGUNG DARI TUHAN
.
.
Sejuta perkara yang berbeza boleh jadi sama kerana satu perkara —— hati. Aku tahu kau pernah rasa benda ni, tipu kalau tak. Kalau kau tak mahu mengaku, kau ego. Jangan risau, aku juga ada ego. Semua orang ada ego. Ini kisah aku, Amrullah Khairi
.
.
Sejuta perkara yang berbeza boleh jadi sama kerana satu perkara —— hati. Aku sangat-sangat tak puas hati bila ayah tempatkan aku dekat sekolah agama ceruk kampung apa entah ni, tak kisahlah lima bintang ke lima belas bintang mana pun sekolah ni. Lagi pula ini kali pertama aku kena duduk asrama.
.
.
Kena hafal Quran sebagai salah satu silibus? Solat jemaah setiap kali waktu solat? Pakai bahasa ana-enta, usrah, tarbiah pelik-pelik segala bagai… Apa kemende semua ni? Ingat aku boleh hadap?
.
.
Nasib baik ada Anas Fattah and the gang, boleh juga aku hidup lagi dekat sekolah ni. Ada seorang tu, Qa’id nama dia, budak baik kata mereka, selalu usha nak tolong aku segala bagai… Macam aku ni anak retis ke apa, dia buta ke apa tak nampak yang aku tak suka benda-benda ala ala soleh subhanallah masha Allah kat sekolah ni..?
.
.
Ceritanya sekarang ni, bila Anas Fattah and the gang kena gantung sekolah mula la aku rasa lost. Nak lepak dengan siapa, nak buat apa je, sini macam semua benda aku boleh buat jatuh hukum haram. Dah time aku plan nak buat keputusan ni, aku ‘sangkut’ pula dengan Qa’id dan rakan-rakan ‘malaikat’ dia. Tinggal sekarang, aku je kena buat keputusan untuk mulai redha dengan aturan Tuhan yang letak aku dekat sekolah ni atau tak. Kalau aku redha, kiranya hati yang tahan-tahan dengan ego selama ini aku bawa sekali untuk nikmati detik-detik dalam hidup ni.
.
.
Sejuta perkara yang berbeza boleh jadi sama kerana satu perkara —— hati. Tiga kali dah aku ulang. Sebab lepas aku buat keputusan untuk ‘bawa’ hati aku bersama.Kau orang nak tahu adakah betul yang aku tanpa sedar dah mensia-siakan antara ANUGERAH TERAGUNG DARI TUHAN untuk aku? Nah, bawa hati kalian untuk hayati kisah aku, Amrullah Khairi dalam ANUGERAH TERAGUNG DARI TUHAN (Bahagian 1)