WELCOME TO AZZUWA.COM
Ambivalen

Ambivalen

Regular price RM34.90 MYR Sale

AMBIVALEN daripada Faiz Ibrahim
Bilangan Muka Surat : 420
Terdiri juga daripada beberapa artwork bergambar

Alhamdulillah, ada yang dah tahu, ada yang belum. Akhirnya buku kelima saya Ambivalen akhirnya berjaya saya lahirkan. Ambivalen merupakan sebuah novel moden di mana saya pentingkan gaya penulisan mudah dihadam dan masih punya maksud yang tersirat.

Ambivalen dihasilkan dengan bahasa yang mudah difaham tetapi masih mampu membawa maksud yang cuba disampaikan. Jadinya, insan yang tidak suka membaca buku berserta yang suka membaca buku, masing-masingnya bisa menghadam buku ini.

Ambivalen menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Hafiz yang mempunyai kehidupan yang sangat indah. Tetapi dia diduga Tuhan setelah menghidapi penyakit MPD (Multiple Personality Disorder) di mana Hafiz mempunyai personaliti lain di dalam jasadnya. Personaliti kedua Hafiz sering melakukan kemungkaran dan dia sangat jahil. Akibatnya, Hafiz tepaksa tanggung segala kerosakan yang dilakukannya.

Mia, merupakan seorang gadis sempurna serba serbi dan membenci Hafiz pada mulanya. Dia punya hampir segalanya dan adakah dia sanggup menerima Hafiz yang penuh dengan masa silam? Adakah cinta itu hanya memerlukan kesempurnaan dan adakah seseorang itu layak buat peluang kedua?

Berbanding empat buku saya yang sebelum ini, semuanya berkisar mengenai dugaan dunia buat seorang insan. Dan Ambivalen pula menceritakan tentang pergelutan dua jiwa dalam satu jasad. Kita semua punya dua personaliti sama ada kita sedar atau tidak. Dan jika tidak dikawal diri kita yang kedua, kita bisa rebah dan akhirnya pilih untuk hentikan segalanya dengan cara yang salah.
.
.